KAYU NAMPAK KUSAM JE, MACAM MANA NAK NAMPAKKAN KAYU LEBIH CANTIK?

KAYU NAMPAK KUSAM JE, MACAM MANA NAK NAMPAKKAN KAYU LEBIH CANTIK?

Terdapat beberapa kemasan kayu yang sering digunakan untuk mencantikkan kayu.. Jom min share dengan anda! 

1. Cat minyak Ini merupakan pilihan paling senang, dan untuk aplikasinya pun senang. Cat minyak biasanya boleh digunakan untuk pintu atau besi.

2. Varnish Varnish merupakan satu lapisan perlindungan yang keras dan lutsinar untuk melindungi permukaan kayu. Biasanya ia mempunyai permukaan yang berkilat, dan bersifat lebih berat.

3. Shellac Shellac merupakan rembesan yang didapati dari sejenis kumbang. Ia bersifat semula jadi, dan mudah untuk digunakan dan juga untuk dilarutkan. Ia biasanya dicampur dengan pigmen warna untuk dapatkan warna yang menarik.

4. Minyak Bagi mereka yang ingin mengekalkan ‘kayu’ sesuatu perabot, biasanya minyak akan digunakan. Jenis minyak adalah seperti Tung Oil dan Linseed Oil.

5. Stain “Stain” merupakan pewarna yang dicampur dengan pelarut jenis air atau minyak. Ia digunakan untuk memberikan warna kepada permukaan kayu. Ia sangat mudah diserap kayu.

Haa.. Sekarang dah tahu!